AMARAN! Jangan Sesekali Kita Dedahkan Rahsia Tentera Malaysia!

Jangan Dedahkan Rahsia Tentera Malaysia!



Hanya kerana mahu menjadi hero rakyat, mahu menjadi juara politik, Rafizi sanggup menjadikan aset tentera sebagai isu!

Isu pembelian kapal pengangkut mini Mistral telah dijadikan bahan sensasi oleh parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat.

Hal ini disensasikan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kononnya pembelian ini merupakan satu lagi pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan memandangkan keadaan ekonomi negara yang sedang mengalami kemelesetan.

Jika direnung sedalam-dalamnya, pembelian kapal ini merupakan satu keuntungan besar kepada negara. Dengan harga yang dianggarkan USD$600 juta, harga ini jelas jauh lebih murah berbanding harga pasaran semasa yang dianggarkan antara USD$750 hingga USD$950 juta setiap satu.

Pembelian ini sebenarnya adalah untuk menggantikan KD Inderapura yang mengalami kebakaran dan telah dilucut tauliah.

Kehilangan KD Inderapura ini secara tidak langsung telah menjejaskan keberkesanan operasi maritim Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

Malah pemilikan kapal ini boleh dianggap sebagai pelengkap dan pengganti serta mengurangkan beban penugasan setiap operasi mengangkut yang kini digalas oleh KD Mahawangsa dan KD Inderasakti.

Tambahan pula kedua-dua usia kapal ini yang semakin meningkat dan mungkin tidak lagi relevan untuk sebarang operasi maritim pada masa hadapan TLDM.

Menurut beberapa pemerhati, pemilikan kapal mistral ini disifatkan sebagai langkah untuk memondenkan armada TLDM selaras dengan perolehan enam kapal LCS TLDM.

Dalam era serba moden ini, TLDM perlu dilengkapkan dengan satu armada yang moden selaras kedudukan Malaysia sebagai negara maritim dan kehadiran Mistal akan melonjak lagi keberkesanan operasi maritim TLDM.

Seperti yang kita sedia maklum, negara sering terdedah dengan pelbagai kejadian bencana alam yang tidak dijangka. Sebagai contoh, bencana gempa bumi yang menimpa Ranau baru-baru ini. Insiden pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu juga memaksa Kementerian Pertahanan menyewa penerbangan komersial bagi mengangkut anggota tentera dan PGA untuk memerangi kehadiran pengganas berkenaan.

Semua ini menuntut reaksi segera dari badan-badan yang terlibat untuk memberi bantuan segera. Untuk ini pemilikan kapal ini dilihat sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang bencana alam dan krisis yang memerlukan pergerakan Kapal Pengangkut Pelbagai Guna.

Kejadian banjir di Pantai Timur syang saban tahun semakin teruk keadaannya dan jelas Malaysia amat memerlukan kapal seumpama ini sebagai platform untuk hospital, platform penghantaran bantuan hadapan serta pusat pemindahan sementara. Keupayaan KD Mahawangsa dan KD Inderasakti boleh dikatakan agak terhad.

Sebagai contoh, didalam insiden MH370, Malaysia amat kekurangan kapal Pengangkut Pelbagai Guna yang berkeupayaan tinggi untuk melancarkan operasi Search And Rescue (SAR). Pada ketika itu, TLDM hanya mampu menyediakan KD Inderasakti untuk berlayar ke Pulau Reunion jika keadaan memerlukan.

Cuba bayangkan, dengan keupayaan yang terhad pada KD Inderasakti, adakah ianya sesuai untuk menjalankan operasi MH370 di kawasan Pulau Reunion?

Kita tidak seharusnya mengabaikan keselesaan serta keselamatan anggota pasukan ATM dalam menjalankan tugas di barisan hadapan.

Dalam berhadapan dengan krisis atau bencana alam, adakah rakyat Malaysia sanggup melihat negara sendiri meminta bantuan asing kepada kita ataupun mengharapkan bantuan asing kepada kita?

Malaysia pernah memperolehi aset TLDM dengan cara mengambil alih kapal pesanan negara ketiga selepas penyerahan kepada negara pesanan asas berdepan dengan masalah.

Sebagai contoh perolehan Kapal Korvet kelas Laksamana. Perolehan ini terbukti berkesan dengan keupayaan yang dipamerkan oleh kapal kelas Laksamana sepanjang perkhidmatannya.

Dengan cara ini, Malaysia dapat meperolehi kapal dengan dalam tempoh masa yang singkat dan cepat. Kesesuaian dan sebarang pengubahsuaian kepada Kapal Mistral berkenaan nanti boleh dinilai senditi oleh jurutera bertauliah TLDM.

Ramai yang beranggapan, model Kapal Mistral ini adalah mengikut spesifikasi Rusia namun platform ini masih sesuai untuk TLDM dengan beberapa kerja pengubahsuaian dilakukan. mengikut laporan, Rusia akan mengalihkan kelengkapannya yang telah dipasang pada kapal berkenaan.

Seharusnya rakyat Malaysia harus menghayati apa yang dimaksudkan oleh KITA WUJUD KERANA ARMADA TLDM perlu mempunyai armada yang moden dan platform kapal sesuai dengan kawasan tanggungjawab operasi yang semakin luas dan kompleks.

Sebagai contoh kepentingan maritim negara jauh di Teluk Aden, Somalia, TLDM masih mampu melancarkan Ops Fajar. Namun kita harus akui operasi ini telah sedikit sebanyak telah memperlihatkan kekurangan armada milik TLDM sendiri.

Dalam hal ini, memenuhi kehendak dan harapan rakyat pada TLDM adalah tinggi. Kita tidak boleh mengharapkan TLDM melakukan penugasan mengawal sempadan perairan negara dengan lebih berkesan tanpa dilengkapi aset yang sesuai.

Tanpa armada TLDM yang lengkap, TLDM akan berdepan dengan situasi tidak dapat dijangka serta melakukan penugasan operasi maritim dengan lebih berkesan.Akhirnya kepentingan maritim negara pastinya akan terjejas.

Artikel ini bukan ditulis untuk berpolitik. Tetapi apa yang pasti setiap fakta yang ditulis ini adalah berkaitan keperluan kapal Kelas Mistral terhadap TLDM. Kapal Mistral bukan sekadar kapal pengangkut pesawat seperti yang digambarkan oleh PKR dan Rafizi Ramli. Kapal Mistral ini dibina dan dipesan oleh Rusia sebagai Kapal Pengangkut Pelbagai Guna.

Ianya bukan hanya bertujuan untuk kegunaan peprangan semata-mata. Ketika waktu aman begini, banyak operasi boleh dilakukan oleh kapal tersebut seperti operasi Bencana Alam ataupun sebagai pusat pemindahan sementara jikalau diperlukan. Penghantaran bekalan bantuan boleh dilakukuan oleh kapal tersebut.

Malah ianya juga boleh menjadi pelengkapan kepada Operasi SEABASING di Pantai Timur Sabah jika diperlukan. Oleh kerana itu, janganlah mempertaruhkan kepentingan pertahanan maritim negara atas kepentingan politik sendiri.

Selalunya apabila Kerajaan Malaysia ingin melakukan sesuatu perolehan aset kepada pihak tentera, ianya akan berdepan dengan kenyataan politik yang dangkal. Dan apabila sesuatu bencana dan krisis, pihak pembangkang begitu pantas menyalahkan Kerajaan atas alasan tidak membuat persiapan secukupnya.

Sebagai contoh, pada tahun 2008 kita menyaksikan cubaan mempolitikan isu perolehan EC725. Namun selepas enam tahun, keputusan perolehan EC725 terbukti tepat apabila ianya dioperasikan dengan mantap di beberapa siri operasi bencana alam yang melanda negara.



Untuk mengoptimumkan serta melengkapkan keupayaan Kapal Mistral, sememangnya mengambil masa yang agak panjang. Namun ianya boleh diuruskan dengan secara berperingkat. Perolehan helikopter dengan tambahan serta aset Landing Craft boleh dilakukan mengikut fasa mengikut keupayaan ekonomi negara.

Pesawat EC725 TUDM siap boleh diaturgerak di kapal Mistral memandangkan pada bulan April 2015 yang lepas menyaksi EC725 terlibat dalam latihan ketenteraan antara Malaysia dan Perancis. Ketika latihan berkenaan, pesawat EC725 TUDM telah dilatih untuk menjalankan penugasan, latihan pendaratan bersama dengan Kapal Mistral.

Harus di ingat, untuk membina sebuah kapal baru pastinya akan memakan masa yang cukup lama serta mungkin melibatkan kos yang amat tinggi. Dengan mengambil alih kapal daripada platform yang telah siap dibina, ianya mungkin dapat menjimatkan kos perolehan serta memperolehi kapal dalam masa yang singkat.

Diharap menerusi artikel ini, semua persoalan yang cuba dibangkitkan oleh PKR dan Rafizi Ramli berhubung pembelian dan pemilikan kapal Mistral ini terjawab.

Mudah untuk melakukan dakwaan kosong tetapi amat sukar untuk menilai keperluan sebenar pemilikan kapal ini.

Seperti yang ditegaskan, pemilikan kapal ini bukan sekadar untuk bermegah. Tetapi ianya amat penting dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara, sesuatu yang mungkin Rafizi Ramli tidak faham mengenainya.

SUMBER