Cerita Sebenar & Luahan Hati Bekas Pekerja MAS Yang Telah Diberhentikan

Hari ini secara rasminya Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) mengambil alih pengurusan lama Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).



Dan buat perkata kalinya jua, MAS mengurangkan sebanyak 6 ribu pekerja yang rata-rata notis pemberhentian tersebut diterima pada 31 Ogos iaitu semalam.

Seperti yang diluah kan oleh Mohd Aznam Abdul Rahman di dalam Facebooknya, dia sedikit kecewa selepas ada yang mencanangkan punca segala kerugian adalah disebabkan oleh pekerja MAS sendiri.

Aznam juga menceritakan sewaktu zaman kegemilangan MAS dibawah pentadbiran Tan Sri Andul Aziz Abdul Rahman yang pada ketika itu sangat menjaga kebajikan pekerja dan juga kaya dengan aset-aset hartanah dan juga mempunyai banyak bangunan tertinggi di Kuala Lumpur ketika itu.





Sementara itu, Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) mengambil alih pengurusan baharu menggantikan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Syarikat baru itu mengambil alih secara rasmi hari ini.

Dalam kenyataan yang dibuat laman rasminya, ia tidak akan akan mengganggu operasi harian MAB.

Juga, tiada cas tambahan untuk penerbangan yang telah dijadualkan, tempahan dan juga operasi.