Kenali Perbezaan Ikan Keli Yang Halal Dan Haram Di Makan

Beza Ikan Keli Yang Halal Dan Haram Di Makan



Ikan Keli merupakan ikan air tawar dan banyak terdapat di kawasan sawah dan paya. Di Malaysia, penternakan ikan keli merupakan salah satu cabang penyumbang ekonomi bagi bidang pertanian.

Masakan ikan keli kebiasaannya boleh didapati dimana-mana gerai makan nasi campur. Resepi popular untuk masakan ikan keli adalah seperti masak sambal kering dan sambal cili padi. Kedua-dua jenis masakan ini memang betul-betul kaw! kaw! sedap. Selain itu masak lemak cili padi juga menjadi kegemaran ramai.

Tetapi banyak kali kita dikejutkan dengan kes ternakan ikan keli yang diberi makan dari sumber yang haram di makan oleh muslim, contohnya dari daging 'BABI' dan benda-benda kotor yang lain.

Sampai sekarang pun masih tidak jelas sama ada ikan keli HALAL dimakan atau HARAM dimakan? Kerana terdapat beberapa pendapat mendakwa ikan keli yang HARAM dimakan mempunyai bentuk sifat yang berbeza daripada ikan keli yang HALAL dimakan.

Semak disini E-FATWA : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/status-kesucian-ikan-yang-diberi-makanan-tidak-halal



Jom kita lihat perbezaan ikan keli yang haram dan halal dimakan :

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 
· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup 

Diharapkan semoga info ini berguna kepada anda sewaktu hendak membeli ikan keli dipasar.