Pemain pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Safee Sali telah mengadakan majlis kesyukuran dan aqiqah buat anak perempuannya, Shanika Salsabilla pada 24 September yang lalu.
Shanika adalah cahaya mata pertama Safee daripada perkahwinan keduanya dengan wanita berketurunan Indonesia, Sasha yang dikahwininya pada penghujung Disember 2013 yang lalu.
Sebelum ini, Safee pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 dan dikurniakan dua anak perempuan dari perkahwinan pertamanya yang kini masing-masing berusia 7 dan 5 tahun.
Perkahwinan pertamanya itu bagaimanapun tidak berkekalan apabila dia bercerai pada tahun 2012.
Menerusi foto dan kapsyen di laman Instagram milik penyerang kebangsaan itu, Safee berdoa agar anak perempuannya itu membesar dan menjadi anak yang soleh serta kebahagiaan keluarganya kini dapat berkekalan di dunia dan akhirat.
Safee yang pernah memegang gelaran jutawan bola sepak itu juga kerap memuatnaik foto anaknya Shanika yang telah dilahirkan pada tanggal 15 Jun lalu.
Berikut adalah sebahagian dari foto-foto comel Shanika yang dikongsi Safee menerusi laman Instagram miliknya.