Kerana Gagal Kawal Insiden Rempuhan, 28 Petugas Haji Bakal Dipancung??

Media Indonesia Dakwa 28 Petugas Haji Akan Dipancung Kerana Gagal Kawal Insiden Rempuhan



SEHINGGA kini tidak dapat dipastikan kesahihan berita 28 staf atau urus setia yang menguruskan jemaah haji di Arab Saudi bakal dipancung gara-gara tragedi rempuhan jemaah di Mina, baru-baru ini.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman dikhabarkan sudah menjatuhkan hukuman pancung kepada 28 staf terbabit gara-gara kegagalan mengawal pergerakan para jemaah.

Dalam insiden itu, seramai 717 jemaah haji terkorban manakala 863 yang lain cedera.

Seorang jemaah dari Malaysia, Zulkifly Samad, 50, dari Ampang turut terbunuh dalam insiden tersebut yang berlaku pada 24 September lalu.

Kejadian rempuhan itu berlaku di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab, yang terletak kira-kira empat kilometer daripada perkhemahan jemaah Malaysia.