Keluarga Arab Pesan Kek Paling Mahal Di Dunia Berharga RM322 Juta
KEK ini dihasilkan oleh pereka fesyen Debbie Wingham yang sebelum ini pernah membuat pakaian paling mahal di dunia. |
LONDON – BRITAIN. Sebuah keluarga jutawan Arab sanggup membayar £48.5juta (RM237juta) hanya untuk sebiji kek.
Kek yang berbentuk pentas peragaan itu adalah kek termahal di dunia yang pernah dibuat turut dihiasi dengan berlian asli.
Kek tersebut dihasilkan oleh Debbi Wingham,33, yang sebelum ini turut pernah menghasilkan pakaian termahal dihiasi berlian merah dan hitam yang berharga £11.5juta (RM56juta).
Debbi diupah untuk membuat sebiji kek oleh seorang pelanggannya dari Emiriah Arab Bersatu dalam satu perjanjian tertutup.
Ia adalah sempena menyambut hari kelahiran anak perempuan pasangan itu serta majlis pertunangan.
Kek yang berukuran enam kaki penjang adalah bertemakan pentas peragaan, dihiasi beberapa patung-patung kecil yang “memakai” pakaian hasil rekaan Debbi.
Kek itu yang mengambil masa 1100 jam untuk dihasilkan menggunakan 120kg ising, 60kg coklat.
Berat kek mencecah 450kg turut dihiasi 5.2 karat berlian warna merah jambu, 6.4 karat berlian kuning dan 5 karat berlian putih yang diletakkan pada pakaian patung sementera 400 satu karat dan 73 berlian putih tiga karat dan 75 tiga karat berlian hitam diletakkan pada hiasan pentas peragaan kek tersebut.