Untunglah! Lelaki 84 Tahun Kahwini Gadis Umur 24

Tags

Untunglah, Lelaki 84 Tahun Kahwini Gadis Umur 24



Moscow: Meskipun sudah berusia 84 tahun, ia tidak menghalang seorang wanita berusia 24 tahun untuk berkahwin dengan pelakon terkenal Russia, Ivan Krasko.

Harian Metro melaporkan, legenda filem sejak era Soviet yang berlakon dalam lebih 140 filem, mengumumkan ia merancang membina keluarga dengan isteri terbarunya itu, Natalia Shevel, yang 60 tahun lebih muda daripadanya, sebaya cucunya.

Perkahwinan Krasko dengan Natalia diadakan secara tertutup, hanya dihadiri keluarga dan rakan di St Petersburg, semalam.



Krasko yang mempunyai enam anak, bertemu Natalia ketika mengajar seni di Institut Pendidikan Liberal, St Petersburg dengan isterinya itu antara pelajarnya. Natalia sering menulis puisi kepadanya yang menurut Krasko, amat memikat.

Pelakon itu yang sudah tiga kali berkahwin sebelum ini berkata: “Puisinya itu membuatkan saya berasa kembali menjadi lelaki yang saya sangka sudah lama hilang. Kehidupan saya seperti bermula kembali dan apa yang hilang, ditemui semula.”

Artikel Terkait