TRAGEDI GUA MUSANG - MEMILUKAN! Gambar Kemalangan 6 Sekeluarga Maut Termasuk 3 Kanak-Kanak

MENYAYAT HATI! Gambar Kemalangan Enam Sekeluarga Maut Termasuk 3 Kanak-Kanak



Gua Musang : Enam sekeluarga maut termasuk tiga kanak-kanak, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di Gua Sejuk di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu jam 10 pagi, semua tujuh mangsa yang menaiki PROTON Pesona dalam perjalanan dari arah bandar Gua Musang menghala Kuala Krai.

Difahamkan, kereta berkenaan cuba memotong sebuah lori, namun gagal sebelum bertembung dengan lori lain.

Ketua Operasi Balai Bomba Gua Musang, Saharni Harun, berkata akibat pelanggaran itu, enam penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi berusia 40-an, parah.

Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa yang cedera dan keenam-enam mayat dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM).
















SUMBER : http://eberita.org/video-dan-gambar-enam-sekeluarga-maut-dan-tiga-kanak-kanak/